Sunday, July 22, 2012

Lima Cara Melengkapi Diri Anda Untuk Mengusai Kimia



Anda perlu menyediakan sebuah buku nota. Semasa pembelajaran dalam kelas, anda perlu mencatatkan nota-nota ringkas yang disampaikan dari guru anda. Nota-nota ini mungkin ringkas dan tidak lengkap tetapi ia merupakan panduan anda untuk mempelajari skop-skop yang penting dalam sesuatu tajuk tertentu.

Buku teks kimia KBSM ditulis dengan cara menekankan aktiviti pelajar. Ini bermakna pelajar perlu mencari sendiri maklumat-maklumat tertentu dari Pusat Sumber sekolah atau tempat lain. Untuk menjimatkan masa, anda memerlukan sebuah buku rujukan yang baik dan lengkap supaya anda dapat mencari maklumat yang diperlukan dengan cepat dan tepat. Tanyalah guru anda apakah buku rujukan yang baik di pasaran.
Sukatan pelajaran kimia adalah penting untuk mengetahui setakat manakah anda harus belajar dalam sesuatu tajuk tertentu. Anda hanya perlu mempelajari skop yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran kimia sahaja dan perkara-perkara yang harus ditekankan. Jumpalah guru kimia anda untuk mendapatkan sukatan pelajaran kimia Tingkatan 4.
4. Fotostat Soalan SPM Tahun-tahun Lepas
Jika anda ingin skor kimia dalam SPM, maka anda harus mengetahui format kertas soalan peperiksaan kimia SPM dengan jelasnya. Dapatkanlah kertas-kertas soalan peperiksaan kimia SPM dan kajilah soalan-soalannya.
5. Cintailah Kimia.
tak kenal maka tak cinta....kenalilah kimia...dengan itu anda akan lebih berminat belajar kimia...insyaalah..

0 comments:

Post a Comment

Back to Top

Jika anda ingin menyumbangkan sebarang soalan/jawapan atau apa saja bahan P&P, harap dapat emailkan kepada saya di : wanijoe@yahoo.com

Semoga tuhan memberkati usaha kita dan memudahkan urusan kita...