Wednesday, July 11, 2012

Ciri-ciri Pelajar Yang Berpotensi Skor A+ Dalam KIMIA

Apakah ciri - ciri seorang pelajar yang berpotensi skor A1 dalam Peperiksaan KIMIA SPM ?


Sila renungkan diri anda....
Menghormati guru kimia.
Pelajar yang berpotensi skor A1 ini biasanya menghormati saya. Mereka menghargai apa yang saya lakukan untuk meningkatkan prestasi pencapaian KIMIA mereka.

Berminat terhadap KIMIA.
Pelajar ini biasanya
suka belajar KIMIA. Kadang-kadang saya menanya mereka mengapa suka KIMIA, pelajar-pelajar ini cuma menjawab : "Tak taulah Cikgu, I just suka saje". Beberapa orang pelajar yang skor A1 dalam KIMIA memberitahu saya mereka ingin memohon kursus Chemical Engineering selepas mendapat keputusan mereka.

Membaca sebelum Cikgu mengajar
Daripada tinjauan saya, pelajar yang berpotensi skor A1 ini biasanya membaca sesuatu tajuk kimia sebelum saya mengajar. Kadang-kadang latihan yang belum disuruh buat sudah dijawab dengan lengkapnya. Ada pula meminjam nota daripada kelas lain yang saya mengajar lebih awal. Apabila saya mengajar, dia sudah ada nota dan hanya menumpukan perhatian terhadap keterangan saya sahaja.

Selalu berbincang dengan Cikgu
Pelajar ini biasanya akan berjumpa saya selepas pengajaran. Mereka akan menanya berbagai soalan yang mereka tidak faham atau keliru.

Mempunyai pelbagai buku rujukan
Pelajar ini biasanya ada beberapa buah buku rujukan dan buku latihan tambahan.

Membuat latihan dengan daya usaha sendiri
Pelajar ini membuat semua latihan yang saya berikan dengan daya usaha sendiri. Mereka tidak pernah menyalin jawapan daripada rakan-rakannya.

Membuat persediaan lebih awal sebelum peperiksaan KIMIA
Pelajar ini biasanya membuat persediaan yang lebih awal sebelum ujian atau peperiksaan kimia. Mereka akan menanya saya skop ujian atau peperiksaan yang akan diadakan.






Adakah anda juga menunjukkan ciri-ciri di atas ?
Jika ya, maka tahniah ! Anda juga merupakan seorang pelajar yang berpotensi skor A1 dalam KIMIA SPM akan datang.
      Jika tidak, maka jadikanlah ciri-ciri di atas sebagai panduan anda untuk menjadi seorang pelajar yang berpotensi skor A1 dalam KIMIA SPM akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top

Jika anda ingin menyumbangkan sebarang soalan/jawapan atau apa saja bahan P&P, harap dapat emailkan kepada saya di : wanijoe@yahoo.com

Semoga tuhan memberkati usaha kita dan memudahkan urusan kita...